Sunday, August 12, 2018

KURSUS KUKUR OLEH ARRA MUSHROOM SDN BHD


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua pembaca J
Alhamdulillah baru berkesempatan saya update blog yang dah berhabuk ni ye tuan2 dan puan2..haaa, pasti tertanya-tanya apa pulak Cikkukur(ehh dah ada nama baru..Kihkih) ni nak kongsikan untuk entry seterusnya ni kannn….Untuk pengetahuan semua, atau sesiapa yang mengikuti perkembangan kami pasti sudah sedia maklum iaitu pada tanggal 28 Mei 2017 Arra Mushroom Sdn Bhd telah menganjurkan satu kursus kukur dan disertai oleh 25 peserta dari negeri2 yang berbeza untuk sama-sama menuntut ilmu penanaman kukur bersama kami.
Suasana sewaktu kursus dianjurkan..

Peserta-peserta yang mengikuti kursus cendawan kukur..

Peserta mengikuti sesi teori bersama tenaga pengajar Arra Mushroom Sdn Bhd.


Tuan-tuan dan Puan-puan, Kursus penanaman cendawan kukur ini merangkumi semua topik2 penting. Dari zero to hero! Kami ajarkan dari tidak tahu menanam sehingga boleh mengusahakan sendiri tanaman kukur ini. Hal ini kerana, kami inginkan tuan puan sama-sama mengusahakan dan mengajar masyarakat kita untuk mengenali dan makan tanaman kukur ini. Rasanya yang seakan-akan daging malahan khasiatnya juga banyak terutama sebagai anti-tumor dan anti-kanser.. Pengalaman paling berharga semasa kursus ini adalah sesi praktikal iaitu, kami memberi peluang peserta merasai sendiri cara membancuh bongkah cendawan, toreh, kukus beg cendawan dan tuaian hasil. Tuaian hasil sendiri telah dipack dan dibawa pulang oleh peserta kursus. Memang Menyeronokkan menganjurkan kursus yang sebegini rupa..Alhamdulillah dapat puaskan hati peserta yang telah menyertai kursus kami..

  
  
 






Ada juga diantara peserta yang belum bersedia ingin menanam jadi diorang membeli bongkah secara langsung dari kami, Kami juga provide bongkah untuk para peserta usahakan kecil-kecilan di rumah sebelum membuka ladang yang besar..Iyalaaahh, tak sabar-sabar para peserta ni semua nak hasilkan sendiri cendawan kukur ni sebabtu beli bongkah terus J

Feedback yang kami dapat dari peserta kursus alhamdulillah amat memberangsangkan dan meminta kami mengadakan kursus kali ke 2..in syaa Allah sedang diusahakan :) (Kalau ramai inginkan kursus lagi mungkin kami akan pertimbangkan..Haaa! tunggu apa lagiii tuan-tuan dan puan-puan, peluang emas seperti ini tak selalu datang, cepat-cepat grab sebelum terlepas.. bolehlah contact Cik Haida(0193200720) )





Monday, March 19, 2018

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA BLOG ARRA MUSHROOM SDN BHD!

Sihat ya semua? okay, harini saya nak war-warkan satu berita yang akan membuatkan para pembaca yang setia membaca blog niii excited! cuba teka berita apakah itu? haaaa beritanyaa jeng jeng jeenggg...

Saat yang ditunggu-tunggu telah berkunjung tiba. Telah lama kami R&D team membuat research tentang cendawan kukur iaitu dari penghasilan benih, cara pembuatan bongkah, cara penjagaan bongkah sehinggalah ke cara tuaian dan penjagaan kualiti cendawan kukur/kulat sisir. Daannnn tibalah masa untuk Arra Mushroom berkongsi ilmu penanaman cendawan kukur ini dengan semua peminat cendawan kukur di Malaysia iaitu kami akan menganjurkan Kursus Tanaman Cendawan Kukur. Kursus yang kami anjurkan terbuka kepada semua orang yang berminat nak tambah pendapatan keluarga disamping memupuk minat golongan muda supaya mengenali cendawan kukur. Hal ini kerana, cendawan kukur biasanya terkenal pada golongan orang dulu-dulu yang biasa dengan suasana kampung kerana cendawan kukur hidup membiak di batang kayu yang reput.

KURSUS CENDAWAN KUKUR

Kursus yang kami anjurkan terbuka kepada semua yang berminat. Jangan risau kami akan guide tuan-tuan dan puan-puan sehingga berjaya.. Setelah kursus pertama, akan diakan juga untuk kali kedua supaya kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.. Harga seperti yang tertera TETAPI untuk mendapatkan harga istimewa, apa yang tuan/puan perlu buat adalah :

Menghadirkan diri di booth kami iaitu :
Tempat : Blok 11 DTI & BILIK SEMINAR AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
Tarikh : SABTU, 24 MAC 2018
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Harga Istimewa diberikan (jika membawa teman) : 

                             PACKAGE A 
                             -Pendaftaran pertama RM500, pendaftaran kedua RM 350

                             PACKAGE B
                             -Pendaftaran pertama RM 350, pendaftaran kedua RM 200

JADI APA TUNGGU LAGI! MARILAH AJAK RAKAN-RAKAN, NENEK, PAKCIK, MAKCIK ANDA MENDAFTAR! HARGA ISTIMEWA DIBERIKAN HANYA PADA HARI TERSEBUT. TEMPAT ADALAH TERHAD!! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI, SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!

Wednesday, March 14, 2018

Penjualan Cendawan

Assalamualaikum and have a nice day peeps!

Seperti yang dah saya inform dalam entry-entry sebelum ini, Arra Mushroom adalah pembekal  bongkah, benih dan juga 2 jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu dan cendawan kukur.

Cendawan kukur yang dibekalkan adalah 2 jenis iaitu cendawan kukur basah (fresh) dan juga cendawan kukur kering.. Cendawan kukur basah biasanya untuk penjualan segera atau untuk dimakan segera. Hal ini kerana, cendawan kukur basah tidak tahan lama berbanding cendawan kukur yang telah dikeringkan, malahan cendawan kukur fresh perlulah di simpan pada suhu yang sejuk supaya cendawan tidak rosak.. Untuk penjualan yang memakan masa panjang bolehlah membeli cendawan kukur kering. Cendawan kukur yang telah dikeringkan boleh tahan bertahun lamanya. Cendawan kukur kami yang dijual kering telah siap dipipih, terus boleh dimasak segera. Ini menjimatkan masa pembeli untuk pipih dahulu sebelum dimasak..

Basah :


Kering :



Manakala, cendawan tiram kelabu pula dijual fresh. Disebabkan jualan terus dari ladang, kami hanya menjual dengan kuantiti yang banyak sahaja, kuantiti sedikit boleh membeli terus di ladang kami..


Kami juga menjual bongkah dan benih dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu dan juga cendawan kukur/ kulat sisir. Bongkah dan juga benih dijamin terbaik in syaa Allah.. Untuk menempah bongkah, benih dan juga cendawan boleh hubungi :

Cik Haida Sahera : 019-2300720
Alamat :
1) 964 Ladang Kampung Baru Ulu Bendul, Terachi, 71500, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
2) Lot 4114 Ampang Tinggi, 71500 Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan

FEEDBACK MYDIN


Assalamualaikum semua pembaca..

Dalam entry sebelum ini saya ada menceritakan mengenai cendawan kukur kami telah masuk ke pasaran MYDIN area melaka dan juga negeri sembilan. Alhamdulillah, positif feedback yang saya dapat daripada semua customers cendawan kukur kami..Katanya cendawan kukur ni terbaikkkk dan rasa seakan-akan cendawan kukur hutan yang dipetik dari pokok getah..Alhamdulillah..

Kami sangat menitik beratkan soal kualiti tanaman kukur kami.. Kami berusaha menanam cendawan kukur disamping mengekalkan keaslian rasa cendawan kukur, memang fresh and tip top! Hal ini kerana, cendawan kukur hutan hanya boleh didapati apabila tibanya musim hujan, tetapi jangan risau, kami menanam cendawan kukur ni supaya semua peminat cendawan kukur sentiasa mendapat bekalan cendawan ini walaupun pada musim panas in syaa Allah..


staff sedang sealed cendawan kukur untuk dipasarkan ke Mydin


cendawan kukur siap dipasarkan
Jadi belilah cendawan kukur Arra Mushroom Sdn Bhd di Mydin-mydin area Negeri Sembilan dan Melaka, atau anda boleh beli directly di ladang dengan contact no di bawah:

Phone no: Haida - 0193200720
Alamat   : Lot 4114 Ampang tinggi, Tanjong ipoh,
uala Pilah, Negeri Sembilan.