Wednesday, October 25, 2017

Penanaman kukur (penghasilan bongkah)

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA!!!

             Hari ini saya akan update mengenai cendawan kukur. Tapi hari ni saya nak ceritakan macam mana cendawan kukur ini ditanam (haaa jangan ingat cendawan kukur ni tak boleh ditanam sendiri hehe). Yela seperti yang kalian tahu bahawa cendawan ini selalu tumbuh di pohon pokok getah yang reput atau tua terutama sekali apabila tibanya musim hujan, cendawan ini akan banyak tumbuh. Tapi adakah kalian semua tahu yang cendawan kukur ini boleh ditanam secara komersial dan tidak perlu masuk ke hutan lagi selepas ini untuk mencari cendawan kukur? haa jika tidak tahu moh leer baca entry ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tambahan pula, jika kita memetik cendawan kukur di pokok2 getah dibimbangi mempunyai racun, toksin malahan kurang bersih apabila kita memakannya.


habuk kayu (media utama)

Okay saya akan ceritakan proses penanaman cendawan kukur iaitu penghasilan bongkah terlebih dahulu. First sekali kita haruslah menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan oleh cendawan kukur untuk membiak yang dipanggil bongkah. Media paling utama kita perlu adalah habuk kayu getah, dedak padi (ni option boleh jugak guna gandum ataupun jagung memang tiada masalah) penggunaan dedak sangat penting untuk penanaman cendawan kukur ini kerana dedak ini adalah sumber nutrisinya, dan akhir sekali kapur pertanian dan tidak lupa air juga amat penting dalam proses pembuatan bongkah ini.  Bahan- bahan tersebut akan di gaul kan sehingga sebati menggunakan mesin pembancuh sebelum di masukkan ke dalam plastik bongkah. 



Mesin pembancuh




Ini adalah mesin pembancuh media, iaitu ketiga-tiga media yang disebut diatas akan dicampur dan digaulkan menggunakan mesin ini sehingga sebati.. 






Manakala, mesin ini fungsinya adalah untuk memasukkan campuran media ke dalam plastik bongkah..






Setelah selesai semua proses, kemudian bongkah yang terhasil dari mesin akan dimampatkan dan akan ditutup untuk proses pengukusan bongkah cendawan..

bongkah cendawan

Friday, October 20, 2017

Hasil tuaian

Assalamualaikum dan hai semua!

Rasa macam lama dah tak update blog, padahal baru beberapa hari je saya tak update blog..hehehehe.
Alhamdulillah! Hasil tuaian cendawan kukur pada hari ini sangat memuaskan :)
saya tunjukkan secara lebih dekat bentuk cendawan kukur yang baru dituai

Amacam cantik tak hasil kukur yang kami peroleh pada hari ini? Cendawan kukur ini bergred A kerana dia kembang dan warna nya sangat menarik dan rasa dia sangat enak apabila di makan kerana tekstur nya sangat crunchy gitu.
Selepas petik, cendawan kukur hendaklah di keringkan menggunakan kipas terlebih dahulu sebelum dibungkuskan. AWAS JANGAN KERINGKAN DI BAWAH MATAHARI!!!!! nanti cendawan kukur akan berubah warna dan kelihatan tidak menarik

Wednesday, October 11, 2017

Gulai udang cendawan kukur

Assalamualaikum and hai everyone! :)

Sihat tak semua pembaca blog Arramushroom? alhamdulillah semoga semuanya baik-baik ajaa..So, harini saya nak kongsilah sedikit resipi cendawan kukur nii.. sebelum ni pun dah saya kongsikan aneka resepi cendawan kukur ( boleh rujuk post-post sebelum ni yaa pembaca semua :) ) yang boleh you all semua try di rumah.. In syaa Allah masakannya sedaapp hihi.. Cendawan kukur ni rasa macam sotong goreng (kenyal-kenyal, rangup) memang sedap..Mesti ramai peminat udang dekat sini kan? haaa.. resepi saya untuk kali ni kita campurkan udang dalam masakan kukur kitaa..Selamat mencuba...


GULAI UDANG CENDAWAN KUKUR


Bahan-bahannya:

-250g udang sederhana besar dibersihkan
-150g cendawan kukur/kulat sisir
-4 ulas bawang merah dimayang halus
-2 ulas bawang putih dimayang halus
-2cm halia diketuk
-1 keping asam gelugur
-2 batang serai
-2 cawan air
-Santan
-Garam

Cara Penyediaan:

1. Cendawan direndam setengah jam. Ramas & cuci sehingga bersih. Toskan.

2. Tuang air di dalam periuk. Masukkan cendawan dan halia. Rebus hingga masak. Masukkan santan, udang dan asam gelugur. Kacau sehingga udang masak perasakan dengan garam. Ketepikan dulu.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dgn sedikit minyak hingga kekuningan. Tuang bahan2 ini bersama minyak gorengan di dalam periuk berisi udang. Kacau sebati dan sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba! :)))


source: rasapizza., 2012. retrieved from http://rasapizza.blogspot.my/2012/06/gulai-udang-cendawan-kukur-kulat-sisir.html

Friday, October 06, 2017

Tomyam Cendawan Kukur

Assalamualaikum semua!
terima kasih sudi baca blog Arramushroom :)

Harini dah habis harvest semua cendawan kukur, lepastu settle packing semua sebab nak pasarkan cendawan kukur sebab order banyak harini alhamdulillah (jangan risau next cerita nanti saya akan inform tempat untuk dapatkan cendawan kukur kami..buat masa akan datang in syaa Allah pembaca semua boleh dapatkan cendawan ini di pasaraya mydin..). Dah habis semua kerja barulah saya boleh share satu resipi tomyam cendawan kukur yang sedap, mantop, paduuuu gitu dengan pembaca blog Arramushroom! hehehe...

TOMYAM KUKUR



Bahan-bahannya:

Pes Thai Tom yum (botol kaca yang tudung putih saya guna)
150 gram Cendawan kukur (dibersihkan dan ditoskan airnya)
Ayam - potong kecil
1 labu bawang besar - di potong 6
5 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
3 sb susu cair (option nak letak boleh tak letak pun boleh..)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Bunga kobis
Sudip jagung
Carrot

Cara Penyediaan:

1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 

2. Lepas tu masukkan cendawan kukur yang telah dipipih. Biarkan sebentar. 

3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom dan perasakan dengan garam.

4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Wednesday, October 04, 2017

Kari Cendawan Kukur

Assalamualaikum and have a nice day everyone!

Seperti yang dijanjikan, ini antara resipi yang dimasak sendiri oleh saya iaitu kari cendawan kukur..Sama jeee macam masak kari daging atau kari ayam ye guys.. Cara masak yang sangat-sangat senang in syaa Allah boleh cuba sama-sama di rumah yaa...


KARI CENDAWAN KUKUR


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan kulat sisir kering ( direndam )
1 cawan isi ayam ( boleh pilih bahagian bertulang atau isi ayam )
1 peket serbuk kari 200 ml santan pekat
1/2 cawan air suam
1 cawan air
1/2 batang carrot
4 batang kacang panjang

*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan bertanda * dihiris halus

beberapa tangkai cili padi
sedikit gula
garam secukup rasa
serbuk perisa
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

1. Kulat sisir dibersihkan dan ditoskan airnya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan bertanda * sehingga kekuningan.

3. Bancuh serbuk kari dengan air suam , dan masukkan ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam.. kacau sebentar dan masukkan pula kulat sisir. Kacau sebentar.

5. Tuangkan air dan santan pekat ke dalam bahan tadi.. perisakan.

6. Kacau seketika, masukkan carrot dan kacang panjang. Biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.


7. Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi. 

Stay tuned untuk resepi seterusnya iaitu Tomyam cendawan kukur..

NUTRISI CENDAWAN KUKUR

Assalamualaikum dan hello guys!

Coretan saya pada harini mengenai hasil kukur di ladang yang sangat memuaskan!..Cendawan kukur ni sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi barulah hasilnya banyaaak gituu..Cendawan kukur pada dasarnya senang ditanam dan dijaga jika seseorang itu mempunyai ilmu tentang penanaman cendawan ini. Kalau cerita tentang masalah sepanjang mengusahakan tanaman ini emm biasalah..tanaman mana yang tidak bermasalah kan! :) yang penting kuatkan hati dan cekal menghadapi masalah tersebut..Saya ada sedikit video menuai cendawan kukur di ladang sendiri..have fun watching!



Cendawan kukur yang belum dipetik


Selain itu, cendawan kukur ni kaya dengan nutrisinya yang semula jadi. Untuk pengetahuan semua cendawan kukur mempunyai terlalu banyak khasiat yang you guys belum tahu. Ini adalah sebab kenapa Arramushroom mengusahakan cendawan kukur (obviously...hehe..). Cendawan kukur atau dikenali sebagai kulat sisir mengandungi protein, fiber, mineral Fe, Potassium, Zinc, vitamin B dan acid amino essentialCendawan kukur juga mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti-kanser malahan juga mampu meningkatkan sistem immune badan. Antara  nilai kesihatan yang tinggi pada cendawan ini adalah ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati. Jadi terbuktilah bahawa cendawan kukur bukan sahaja sedap dimakan (in syaa Allah saya akan share resepi memasak cendawan kukur ye guys:) stay tuned! ) malahan mempunyai nutrisi yang mampu membantu tubuh badan dari penyakit hati dan kanser.

Monday, October 02, 2017

Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur

Assalamualaikum dan hello guys,

Apa khabar semua pembaca blog Arramushroom? harini saya nak share sedikit resepi dengan pembaca semua :) Teringin pulak nak masak cendawan kukur ni, jadi, search punya search resepi masak lomak kukur ni terjumpalah dari satu blog ni alhamdulillah..So, lepas ja godek-godek bahan di dapur terhasillah masak lomak cili padi (orang nogori sebut gulai, memang famouslah masak lomak ni dekat negeri sembilan, bak kata orang takdak masak lomak ni bukan negeri sembilanlah gitu! hehe..)

nilah hasil bertukang di dapur hahaha..

RESEPI LEMAK CILI PADI CENDAWAN KUKUR

Bahan-bahannya:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
4 batang terung telunjuk (atau boleh guna terung pipit), buang tangkai, cuci dan toskan
1 genggam ikan bilis
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:
1. Terung pipit direbus hingga empuk, tos dan ketepikan. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi, tos dan perah airnya.

2. Masukkan cendawan, serai titik, terung pipit dan bahan-bahan kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata.

3. Kemudian, tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan bilis dan asam gelugor. Masak hingga cendawan lembut.

4. Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya (anggaran 1 1/4 camca teh) dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan telur dadar..

Selamat mencuba semua! :)

source: Benashaari. 2016. lemak cili padi cendawan kukur. retrieved from http://www.tiffinbiru.com/2016/06/lemak-cili-padi-cendawan-kukur.html

Cendawan Kukur Goreng Telur Pedas

Assalamualaikum semua,


Pagi-pagi lagi dah jejak kaki di ladang cendawan kukur, tengok hasil kukur harini sangat memuaskan alhamdulillah... Cendawan kukur yang ditanam sendiri terjamin kebersihannya tambahan pula 100%bumiputera yang menanam, memang dijamin halal... Terpikirlah sorang-sorang, sedap ni kalau digoreng pedas cendawan kukur ni... Saya pun ambillah sedikit hasil tuaian harini dan bawak pulang untuk memasak dan terhasillah masakan kukur goreng telur hahaha....

CENDAWAN KUKUR GORENG TELUR

Bahan bahan:
250 gram susu kulat sisir
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4-5 biji cili padi - potong kecil
2-3 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh dan tos sehingga kering.

2. Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan kulat yang ditos dan goreng sehingga air kering.

3. Masukkan cili potong dan garam. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata sehingga bergaul rata dan telur masak.

4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba!


source: Aziekitchen. 2014. Kulat sisir goreng telur yang sangat sedap. retrieved from http://www.aziekitchen.com/2014/06/kulat-sisir-goreng-telur-yang-sangat.html