ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA!!!
habuk kayu (media utama) |
Okay saya akan ceritakan proses penanaman cendawan kukur iaitu penghasilan bongkah terlebih dahulu. First sekali kita haruslah menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan oleh cendawan kukur untuk membiak yang dipanggil bongkah. Media paling utama kita perlu adalah habuk kayu getah, dedak padi (ni option boleh jugak guna gandum ataupun jagung memang tiada masalah) penggunaan dedak sangat penting untuk penanaman cendawan kukur ini kerana dedak ini adalah sumber nutrisinya, dan akhir sekali kapur pertanian dan tidak lupa air juga amat penting dalam proses pembuatan bongkah ini. Bahan- bahan tersebut akan di gaul kan sehingga sebati menggunakan mesin pembancuh sebelum di masukkan ke dalam plastik bongkah.
Mesin pembancuh |
Ini adalah mesin pembancuh media, iaitu ketiga-tiga media yang disebut diatas akan dicampur dan digaulkan menggunakan mesin ini sehingga sebati..
Manakala, mesin ini fungsinya adalah untuk memasukkan campuran media ke dalam plastik bongkah..
Setelah selesai semua proses, kemudian bongkah yang terhasil dari mesin akan dimampatkan dan akan ditutup untuk proses pengukusan bongkah cendawan..
bongkah cendawan |
No comments:
Post a Comment