Coretan saya pada harini mengenai hasil kukur di ladang yang sangat memuaskan!..Cendawan kukur ni sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi barulah hasilnya banyaaak gituu..Cendawan kukur pada dasarnya senang ditanam dan dijaga jika seseorang itu mempunyai ilmu tentang penanaman cendawan ini. Kalau cerita tentang masalah sepanjang mengusahakan tanaman ini emm biasalah..tanaman mana yang tidak bermasalah kan! :) yang penting kuatkan hati dan cekal menghadapi masalah tersebut..Saya ada sedikit video menuai cendawan kukur di ladang sendiri..have fun watching!
Cendawan kukur yang belum dipetik |
Selain itu, cendawan kukur ni kaya dengan nutrisinya yang semula jadi. Untuk pengetahuan semua cendawan kukur mempunyai terlalu banyak khasiat yang you guys belum tahu. Ini adalah sebab kenapa Arramushroom mengusahakan cendawan kukur (obviously...hehe..). Cendawan kukur atau dikenali sebagai kulat sisir mengandungi protein, fiber, mineral Fe, Potassium, Zinc, vitamin B dan acid amino essential. Cendawan kukur juga mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti-kanser malahan juga mampu meningkatkan sistem immune badan. Antara nilai kesihatan yang tinggi pada cendawan ini adalah ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati. Jadi terbuktilah bahawa cendawan kukur bukan sahaja sedap dimakan (in syaa Allah saya akan share resepi memasak cendawan kukur ye guys:) stay tuned! ) malahan mempunyai nutrisi yang mampu membantu tubuh badan dari penyakit hati dan kanser.
No comments:
Post a Comment