Friday, December 29, 2017

Penjualan dan Penjagaan Benih Cendawan Kukur

Assalamualaikum semua pembaca!

Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk update blog yang dah berhabuk dah pun ni haaa.. sooo seperti tajuk yang tertera, entry kali ini berkaitan penjualan dan penjagaan benih cendawan kukur..

Entry blog sebelum ini (click here - penjualan dan penjagaan bongkah cendawan) sudah saya terangkan serba sedikit mengenai bongkah cendawan kukur kami.. Maka harini saya akan ceritakan pula tentang benih yang disuntik masuk ke dalam bongkah cendawan kukur.. Benih cendawan kukur pada dasarnya menggunakan media gandum sebagai makanan kepada mycelium untuk membiak.. Gambar dibawah contoh benih kukur yang kami jual :

benih cendawan kukur


 Hasil dari benih yang disuntik akan tumbuh mycelium bewarna putih pada bongkah, dan akhirnya mengeluarkan hasil kukur yang cantik..boleh refer gambar di bawah :)


Cendawan kukur pada bongkah

Cara penjagaan benih : Benih cendawan kukur yang dibeli mestilah disimpan di tempat yang redup/sejuk. Jangan sesekali biarkan benih cendawan di kawasan yang panas kerana benih akan berwap dan lembik. Hal ini akan menyebabkan benih rosak dan tidak boleh digunakan lagi.. Saya mencadangkan agar pembeli semua meletakkan benih di bilik suntik/ bilik bersih yang sentiasa tertutup untuk mengelakkan pencemaran kepada benih dan juga bongkah cendawan..

Untuk mendapatkan benih cendawan kukur sila contact :

Cik Haida : 0193200720 (Whatsapp/Call)
Alternative : Post available

Saturday, December 23, 2017

Penjualan dan Penjagaan bongkah cendawan kukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca :)

Tahukah anda, Arra Mushroom Sdn Bhd juga membuat JUALAN bongkah cendawan kukur/kulat sisir? haaa, ikuti entry ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.. (terutamanya suri rumah / peminat tanaman cendawan kukur untuk menjana pendapatan tambahan)  Kami tidak hanya menjual bongkah malahan kami akan guide pembeli sekalian sehingga mendapat hasil dari bongkah yang kami jual in syaa Allah.. tak pandai jaga bongkah cendawan? tak ada basic tentang cendawan? jangan risau wahai pembaca semua, kami sedia membantu! yang penting [niat + minat] untuk menanam cendawan tu kena adaa..


Penjagaan bongkah cendawan kukur/kulat sisir :

ni adalah contoh bongkah cendawan kukur yang dijual,



Bongkah cendawan kukur berat hanyalah 500grams. Jadi. bongkah boleh digantung di rak hasil ataupun diletakkan di atas rak begitu sahaja, tetapi saya syorkan untuk gantung kerana memudahkan pembeli untuk menuai hasil cendawan kukur kelak..Pastikan rumah hasil sentiasa sejuk, gelap dan lembap kerana cendawan mmg suka tumbuh pada tempat sebegitu..

penggantungan bongkah kukur

Kemudian bongkah yang telah digantung akan ditoreh sebanyak 5/6 kali torehan menggunakan pisau yang kecil dan halus..



Setelah bongkah yang ditoreh tumbuh tunas cendawan, barulah bongkah disiram 2x sehari iaitu pagi dan petang.. bongkah perlu disiram sehingga basah kerana cendawan kukur memerlukan air yang sangat banyak untuk mendapat hasil yang cantik.. sooo ini adalah hasil dari bongkah cendawan kukur Arra Mushroom..

Cendawan kukur akan dituai menggunakan pisau kecil. Setiap bongkah boleh digunakan sebanyak 2 kali hasil (selagi ada mycelium(putih), bongkah masih boleh digunakan) sebelum dibuang.. Dah siap! haaa senang kan penjagaan cendawan kukur/kulat sisir niii.. Untuk mendapatkan BONGKAH atau pertanyaan lanjut tentang cendawan kukur/kulat sisir boleh contact number di bawah :

CIK HAIDA : 019-3200720

Lawatan oleh pihak FELDA

Good morning dan assalamualaikum semua :)

Sihat ke semua pembaca blog Arra Mushroom? jika sihat alhamdulillah, jika tak sihat saya doakan kalian cepat sembuh :) okaaayy..harini saya share cerita tentang lawatan oleh wakil FELDA rancangan Negeri Sembilan ke ladang Arra Mushroom.

Tujuan utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk menerapkan minat yang mendalam tentang tanaman cendawan tiram kelabu dan juga cendawan kukur/kulat sisir. Lawatan ini diketuai oleh Encik kamaruzaman dan diuruskan oleh cik Suraya dari Arra Mushroom. Cik Suraya telah menerangkan secara umum mengenai cendawan tiram kelabu dan juga cendawan kukur iaitu dari proses pembuatan bongkah sehinggalah ke tuaian hasil kepada peserta. Alhamdulillah, ramai peserta berminat dengan tanaman cendawan rupanya..ialahhhh, disangkanya susah untuk menanam cendawan ni tapi jika kena caranyaa in syaa Allah senang pembaca semua.. tiada ilmu tentang pembuatan bongkah? jangan risau..kerana pihak Arra Mushroom memang menjual bongkah cendawan tiram dan juga cendawan kukur, pembeli hanya perlu menjaga bongkah tersebut dan cukup tempoh matang pembeli dah boleh tuai hasilnyaa.. haaa mudah bukan :)

In syaa Allah dalam masa terdekat Arra Mushroom akan menganjurkan kursus kepada peserta yang berminat. Kursus yang dianjurkan akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang tanaman cendawan kepada peserta yang berminat :) Jika berminat mengikuti kursus dari Arra Mushroom boleh berhubung dengan Cik Haida.. In syaa Allah Cik Haida sentiasa sedia membantu kalian..


Thursday, December 07, 2017

MARKET CENDAWAN KUKUR

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Pagi-pagi macam ni sementara otak masih segar macam-macam idea datang. So, saya decide untuk update blog saya . hehe..
Ok. Harini saya nak share tentang market kulat sisir saya. Mesti semua tertanya-tanya di mana kulat sisir / cendawan kukur ini dijual, kan ??
Buat masa ini kulat sisir saya boleh didapati di beberapa buah pasaraya besar MYDIN .



Target market kami buat masa sekarang adalah mydin disekitar negeri sembilan dan juga melaka. In syaa Allah, lepas ni kami akan meluaskan lagi pasaran kulat sisir kami. Antara pasaraya MYDIN yang menjual cendawan kukur adalah:

1) Mydin Senawang Hypermarket (SWH), Negeri Sembilan
2) Mydin Seremban 2 hypermarket (SBH), Negeri Sembilan
3) Mydin Melaka Hypermarket (MLH), MITC, Melaka
4) Mydin Pulau Sebang Hypermarket (PSH), Melaka
5) Mydin Jasin Hypermarket (JSH), Melaka

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi ladang atau menghubungi saya sendiri untuk tempahan kulat sisir / cendawan kukur :) ↓

Alamat : 964 Ladang Kampung Baru,
Ulu Bendul, Terachi,
71500, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Tel.No  : 0193200720 (Haida Malek/ Cik Haida)

Friday, November 17, 2017

Shooting RBC

Have a nice day guyss...


Harini saya nak cerita serba sedikit mengenai RBC..haa kenapa tetiba nak cerita mengenai RBC ni? adaaa sebab-sebabnyaa yee mehlaa ikuti entry ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.. Rural Business Challenge ataupun lebih dikenali dengan singkatan RBC adalah satu program reality show yang disiarkan di tv3. Program ini bertujuan mencari CEO desa 2017 iaitu usahawan yang berdaya saing dan mempunyai potensi yang dapat dikembangkan. Malahan pemenang bagi program ini akan mendapat hadiah berupa wang sebanyak 1 juta dan juga geran perniagaan yang diberi secara berperingkat selama 3 tahun. Hal ini bertujuan untuk membantu para usahawan mengembangkan perusahaan mereka dan meningkatkan taraf hidup usahawan..

Tetapii.... entry ini sebenarnya bertujuan untuk memberitahu pembaca-pembaca sekalian bahawa pihak RBC telah membuat penggambaran di Arra Mushroom Sdn Bhd untuk mempromosikan video cendawan kukur dan alhamdulillah berpeluang menyaksikan sendiri pengarah terkenal iaitu Erma Fatima mengarah pelakon-pelakonnya untuk pembikinan drama pendek.. Maka busylaah 1-2 hari lepas saya dan juga staff menyediakan kelengkapan untuk sesi penggambaran oleh beliau di ladang kami... video serta gambar bersama erma fatima:)



Cik Haida dan staff arramushroom bersama erma fatima

Cik Haida, peserta RBC dan erma fatima





Thursday, November 09, 2017

Perbincangan bersama Erma Fatima

Assalamualaikum semua..

Harini saya nak share sedikit pengalaman bertemu dengan Erma Fatima (pengarah filem yang terkemuka tuu). Alhamdulillah, hasil perbincangan cara penjagaan cendawan kukur nampaknyaaa Puan Erma sangat berminat dengan tanaman kukur, haaa guys kalau dah erma pun sukaa makan cendawan kukur mestilah sedap yee dok :)
Malahan Puan erma jugak berminat untuk menanam cendawan kukur ini sendiri dan telah membeli bongkah dari arramushroom... seronoookk katanyaa tengok cendawan kukur ni menjadi apabila ditanam oleh beliau secara kecilan di hadapan rumahnyaa, alhamdulillah menjadi jugak cendawan kukur beliau..

perbincangan mengenai cendawan kukur oleh Haida Sahera dengan Erma Fatima
Sesiapa yang berminat untuk membeli bongkah, benih ataupun cendawan kukur boleh contact number di bawah atau boleh mengunjungi ladang di alamat:

Cik Haida :
+6019 3200720 (Whatsapp/call only)

Alamat:
964 Ladang Kampung Baru,
Ulu bendul, Terachi,
71500 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.





Wednesday, October 25, 2017

Penanaman kukur (penghasilan bongkah)

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI SEMUA!!!

             Hari ini saya akan update mengenai cendawan kukur. Tapi hari ni saya nak ceritakan macam mana cendawan kukur ini ditanam (haaa jangan ingat cendawan kukur ni tak boleh ditanam sendiri hehe). Yela seperti yang kalian tahu bahawa cendawan ini selalu tumbuh di pohon pokok getah yang reput atau tua terutama sekali apabila tibanya musim hujan, cendawan ini akan banyak tumbuh. Tapi adakah kalian semua tahu yang cendawan kukur ini boleh ditanam secara komersial dan tidak perlu masuk ke hutan lagi selepas ini untuk mencari cendawan kukur? haa jika tidak tahu moh leer baca entry ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tambahan pula, jika kita memetik cendawan kukur di pokok2 getah dibimbangi mempunyai racun, toksin malahan kurang bersih apabila kita memakannya.


habuk kayu (media utama)

Okay saya akan ceritakan proses penanaman cendawan kukur iaitu penghasilan bongkah terlebih dahulu. First sekali kita haruslah menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan oleh cendawan kukur untuk membiak yang dipanggil bongkah. Media paling utama kita perlu adalah habuk kayu getah, dedak padi (ni option boleh jugak guna gandum ataupun jagung memang tiada masalah) penggunaan dedak sangat penting untuk penanaman cendawan kukur ini kerana dedak ini adalah sumber nutrisinya, dan akhir sekali kapur pertanian dan tidak lupa air juga amat penting dalam proses pembuatan bongkah ini.  Bahan- bahan tersebut akan di gaul kan sehingga sebati menggunakan mesin pembancuh sebelum di masukkan ke dalam plastik bongkah. 



Mesin pembancuh




Ini adalah mesin pembancuh media, iaitu ketiga-tiga media yang disebut diatas akan dicampur dan digaulkan menggunakan mesin ini sehingga sebati.. 






Manakala, mesin ini fungsinya adalah untuk memasukkan campuran media ke dalam plastik bongkah..






Setelah selesai semua proses, kemudian bongkah yang terhasil dari mesin akan dimampatkan dan akan ditutup untuk proses pengukusan bongkah cendawan..

bongkah cendawan

Friday, October 20, 2017

Hasil tuaian

Assalamualaikum dan hai semua!

Rasa macam lama dah tak update blog, padahal baru beberapa hari je saya tak update blog..hehehehe.
Alhamdulillah! Hasil tuaian cendawan kukur pada hari ini sangat memuaskan :)
saya tunjukkan secara lebih dekat bentuk cendawan kukur yang baru dituai

Amacam cantik tak hasil kukur yang kami peroleh pada hari ini? Cendawan kukur ini bergred A kerana dia kembang dan warna nya sangat menarik dan rasa dia sangat enak apabila di makan kerana tekstur nya sangat crunchy gitu.
Selepas petik, cendawan kukur hendaklah di keringkan menggunakan kipas terlebih dahulu sebelum dibungkuskan. AWAS JANGAN KERINGKAN DI BAWAH MATAHARI!!!!! nanti cendawan kukur akan berubah warna dan kelihatan tidak menarik

Wednesday, October 11, 2017

Gulai udang cendawan kukur

Assalamualaikum and hai everyone! :)

Sihat tak semua pembaca blog Arramushroom? alhamdulillah semoga semuanya baik-baik ajaa..So, harini saya nak kongsilah sedikit resipi cendawan kukur nii.. sebelum ni pun dah saya kongsikan aneka resepi cendawan kukur ( boleh rujuk post-post sebelum ni yaa pembaca semua :) ) yang boleh you all semua try di rumah.. In syaa Allah masakannya sedaapp hihi.. Cendawan kukur ni rasa macam sotong goreng (kenyal-kenyal, rangup) memang sedap..Mesti ramai peminat udang dekat sini kan? haaa.. resepi saya untuk kali ni kita campurkan udang dalam masakan kukur kitaa..Selamat mencuba...


GULAI UDANG CENDAWAN KUKUR


Bahan-bahannya:

-250g udang sederhana besar dibersihkan
-150g cendawan kukur/kulat sisir
-4 ulas bawang merah dimayang halus
-2 ulas bawang putih dimayang halus
-2cm halia diketuk
-1 keping asam gelugur
-2 batang serai
-2 cawan air
-Santan
-Garam

Cara Penyediaan:

1. Cendawan direndam setengah jam. Ramas & cuci sehingga bersih. Toskan.

2. Tuang air di dalam periuk. Masukkan cendawan dan halia. Rebus hingga masak. Masukkan santan, udang dan asam gelugur. Kacau sehingga udang masak perasakan dengan garam. Ketepikan dulu.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dgn sedikit minyak hingga kekuningan. Tuang bahan2 ini bersama minyak gorengan di dalam periuk berisi udang. Kacau sebati dan sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba! :)))


source: rasapizza., 2012. retrieved from http://rasapizza.blogspot.my/2012/06/gulai-udang-cendawan-kukur-kulat-sisir.html

Friday, October 06, 2017

Tomyam Cendawan Kukur

Assalamualaikum semua!
terima kasih sudi baca blog Arramushroom :)

Harini dah habis harvest semua cendawan kukur, lepastu settle packing semua sebab nak pasarkan cendawan kukur sebab order banyak harini alhamdulillah (jangan risau next cerita nanti saya akan inform tempat untuk dapatkan cendawan kukur kami..buat masa akan datang in syaa Allah pembaca semua boleh dapatkan cendawan ini di pasaraya mydin..). Dah habis semua kerja barulah saya boleh share satu resipi tomyam cendawan kukur yang sedap, mantop, paduuuu gitu dengan pembaca blog Arramushroom! hehehe...

TOMYAM KUKUR



Bahan-bahannya:

Pes Thai Tom yum (botol kaca yang tudung putih saya guna)
150 gram Cendawan kukur (dibersihkan dan ditoskan airnya)
Ayam - potong kecil
1 labu bawang besar - di potong 6
5 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
3 sb susu cair (option nak letak boleh tak letak pun boleh..)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Bunga kobis
Sudip jagung
Carrot

Cara Penyediaan:

1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 

2. Lepas tu masukkan cendawan kukur yang telah dipipih. Biarkan sebentar. 

3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom dan perasakan dengan garam.

4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Wednesday, October 04, 2017

Kari Cendawan Kukur

Assalamualaikum and have a nice day everyone!

Seperti yang dijanjikan, ini antara resipi yang dimasak sendiri oleh saya iaitu kari cendawan kukur..Sama jeee macam masak kari daging atau kari ayam ye guys.. Cara masak yang sangat-sangat senang in syaa Allah boleh cuba sama-sama di rumah yaa...


KARI CENDAWAN KUKUR


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan kulat sisir kering ( direndam )
1 cawan isi ayam ( boleh pilih bahagian bertulang atau isi ayam )
1 peket serbuk kari 200 ml santan pekat
1/2 cawan air suam
1 cawan air
1/2 batang carrot
4 batang kacang panjang

*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan bertanda * dihiris halus

beberapa tangkai cili padi
sedikit gula
garam secukup rasa
serbuk perisa
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

1. Kulat sisir dibersihkan dan ditoskan airnya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan bertanda * sehingga kekuningan.

3. Bancuh serbuk kari dengan air suam , dan masukkan ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam.. kacau sebentar dan masukkan pula kulat sisir. Kacau sebentar.

5. Tuangkan air dan santan pekat ke dalam bahan tadi.. perisakan.

6. Kacau seketika, masukkan carrot dan kacang panjang. Biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.


7. Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi. 

Stay tuned untuk resepi seterusnya iaitu Tomyam cendawan kukur..

NUTRISI CENDAWAN KUKUR

Assalamualaikum dan hello guys!

Coretan saya pada harini mengenai hasil kukur di ladang yang sangat memuaskan!..Cendawan kukur ni sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi barulah hasilnya banyaaak gituu..Cendawan kukur pada dasarnya senang ditanam dan dijaga jika seseorang itu mempunyai ilmu tentang penanaman cendawan ini. Kalau cerita tentang masalah sepanjang mengusahakan tanaman ini emm biasalah..tanaman mana yang tidak bermasalah kan! :) yang penting kuatkan hati dan cekal menghadapi masalah tersebut..Saya ada sedikit video menuai cendawan kukur di ladang sendiri..have fun watching!



Cendawan kukur yang belum dipetik


Selain itu, cendawan kukur ni kaya dengan nutrisinya yang semula jadi. Untuk pengetahuan semua cendawan kukur mempunyai terlalu banyak khasiat yang you guys belum tahu. Ini adalah sebab kenapa Arramushroom mengusahakan cendawan kukur (obviously...hehe..). Cendawan kukur atau dikenali sebagai kulat sisir mengandungi protein, fiber, mineral Fe, Potassium, Zinc, vitamin B dan acid amino essentialCendawan kukur juga mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti-kanser malahan juga mampu meningkatkan sistem immune badan. Antara  nilai kesihatan yang tinggi pada cendawan ini adalah ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati. Jadi terbuktilah bahawa cendawan kukur bukan sahaja sedap dimakan (in syaa Allah saya akan share resepi memasak cendawan kukur ye guys:) stay tuned! ) malahan mempunyai nutrisi yang mampu membantu tubuh badan dari penyakit hati dan kanser.

Monday, October 02, 2017

Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur

Assalamualaikum dan hello guys,

Apa khabar semua pembaca blog Arramushroom? harini saya nak share sedikit resepi dengan pembaca semua :) Teringin pulak nak masak cendawan kukur ni, jadi, search punya search resepi masak lomak kukur ni terjumpalah dari satu blog ni alhamdulillah..So, lepas ja godek-godek bahan di dapur terhasillah masak lomak cili padi (orang nogori sebut gulai, memang famouslah masak lomak ni dekat negeri sembilan, bak kata orang takdak masak lomak ni bukan negeri sembilanlah gitu! hehe..)

nilah hasil bertukang di dapur hahaha..

RESEPI LEMAK CILI PADI CENDAWAN KUKUR

Bahan-bahannya:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
4 batang terung telunjuk (atau boleh guna terung pipit), buang tangkai, cuci dan toskan
1 genggam ikan bilis
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:
1. Terung pipit direbus hingga empuk, tos dan ketepikan. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi, tos dan perah airnya.

2. Masukkan cendawan, serai titik, terung pipit dan bahan-bahan kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata.

3. Kemudian, tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan bilis dan asam gelugor. Masak hingga cendawan lembut.

4. Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya (anggaran 1 1/4 camca teh) dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan telur dadar..

Selamat mencuba semua! :)

source: Benashaari. 2016. lemak cili padi cendawan kukur. retrieved from http://www.tiffinbiru.com/2016/06/lemak-cili-padi-cendawan-kukur.html

Cendawan Kukur Goreng Telur Pedas

Assalamualaikum semua,


Pagi-pagi lagi dah jejak kaki di ladang cendawan kukur, tengok hasil kukur harini sangat memuaskan alhamdulillah... Cendawan kukur yang ditanam sendiri terjamin kebersihannya tambahan pula 100%bumiputera yang menanam, memang dijamin halal... Terpikirlah sorang-sorang, sedap ni kalau digoreng pedas cendawan kukur ni... Saya pun ambillah sedikit hasil tuaian harini dan bawak pulang untuk memasak dan terhasillah masakan kukur goreng telur hahaha....

CENDAWAN KUKUR GORENG TELUR

Bahan bahan:
250 gram susu kulat sisir
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4-5 biji cili padi - potong kecil
2-3 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh dan tos sehingga kering.

2. Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan kulat yang ditos dan goreng sehingga air kering.

3. Masukkan cili potong dan garam. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata sehingga bergaul rata dan telur masak.

4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba!


source: Aziekitchen. 2014. Kulat sisir goreng telur yang sangat sedap. retrieved from http://www.aziekitchen.com/2014/06/kulat-sisir-goreng-telur-yang-sangat.html

Friday, September 29, 2017

Pengenalan Kulat sisir/Cendawan kukur

PENGENALAN KULAT SISIR,

Assalamualaikum pembaca semua,
Tahukah anda tentang kulat sisir atau nama lainnya cendawan kukur? Jika tak tahu, haaaa ni lah saya nak cerita serba sedikit tentang cendawan kukur ni... Kulat sisir biasanya boleh didapati pada pokok kayu getah yang sudah tua. Biasanya orang dulu-dulu kenal tentang kulat sisir dan susahnya nak mencari kulat sisir ni. Kulat sisir dahulu sangat susah didapati iaitu perlu masuk ke hutan untuk mencari kulat sisir yang tumbuh pada pokok getah. Malahan, setelah memetik kulat sisir tersebut, perlu dibersihkan pula habuk kayu yang melekat padanya. Orang dulu suka makan kulat sisir ni walaupun susah didapati kerana rasanya yang sedaaap dan menyelerakan jika dimasak pedas..so, sesapa yang tak pernah makan/rasa perlu try sekarang, rugiiii kalau tak cuba.. orang cakap tak kenal maka tak cinta..dah kenal barulah jatuh cinta! hehehe..

TETAPI, jangan risau, itu zaman dulu kala gituu, zaman pun dah berubah, ekonomi negara pun makin maju, jadi kita tanam sendiri kulat sisir ni :)... Bukan sahaja lebih mudah didapati malahan 100% dijamin bersih dan halal.. Apabila kulat sisir ditanam sendiri, cara penggunaannya sebelum dimasak adalah, kulat sisir tersebut perlu dipipihkan supaya terlerai dari kuntumannya. Contoh cara memipih kulat sisir adalah ⇓⇓⇓⇓


(kuntuman kulat sisir)                                                (Kulat sisir yang telah dipipih)
 

video memipih kulat sisir




Tuesday, September 26, 2017

Pengenalan Arramushroom Sdn Bhd

Assalamualaikum semua pembaca-pembaca blog Arramushroom Sdn Bhd,

Arramushroom Sdn Bhd secara rasminya telah ditubuhkan pada 4 Mei 2006 dan 100% dimiliki dan diuruskan oleh bumiputera yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian. 
Tanaman yang diusahakan oleh syarikat Arramushroom adalah cendawan tiram dan cendawan kukur (atau dikenali cendawan sisir) secara amnya. Walaubagaimanapun, cendawan tiram telah mendapat sambutan yang hangat di pasaran malaysia akan tetapi cendawan kukur kurang mendapat sambutan di pasaran kerana sukar dijumpai dan kurangnya ilmu memasak berkaitan cendawan tersebut. Cendawan kukur biasanya tumbuh di dahan pokok getah yang reput, akan tetapi Arramushroom telah menjumpai initiatif lain untuk menanam sendiri cendawan kukur iaitu pada bongkah yang menggunakan media kayu pokok getah.



Ini adalah contoh cendawan kukur yang dihasilkan oleh syarikat Arramushroom Sdn Bhd.

Kesemua hasil cendawan kukur akan dituai dan dikeringkan sedikit sebelum dijual di pasaran. Penjualan cendawan kukur adalah mengikut kehendak pembeli dan biasanya dibungkus 150grams, 500grams dan juga 1 kilogram. Menariknya, cendawan kukur yang telah dituai mampu bertahan selama sebulan jika disimpan pada suhu sejuk.